weave us some lies

the best and most convincing way to tell lies is by telling as much truth as possible.

Thursday, April 07, 2005

Cerita Satu:
situasi : si anak sedang membasuh pinggan mangkuk sementara si ibu sedang memasak. Tempat : Dapur

ibu :(membebel) ko ni A, bila nak kawen? dah tua tau! mak dulu baya ko dah 3 anak.

anak :(rolling eyes) sebab utama kenapa A kena kawen?

ibu : ko dah besar, dah kerja, mak risau la.

anak : mak nak ke A kahwin dpt laki teruk. kaki pukul. macam la semer orang kawen tu bahagia. lagipun susah nak cari lelaki yang betul2 baik.

ibu : ada aje la jawab ko. tak semua lelaki camtu. pilih le baik-baik. tak pun biar mak pilihkan.

anak : iiiewwwww..

pause

anak : mak, kelmarin A ada mimpi.

ibu : ko mimpi ape? mimpi ular? ha. bagus la. musti ada orang nak datang meminang nanti.

anak : betul la A mimpi ular. tapi ular tu tak sempat nak patuk pun, A tangkap, A baling jauh-jauh. masuk longkang.

ibu : (ketawa) patut la takde orang nak datang meminang ko...

Tuesday, April 05, 2005

Aku tahu kau rindukan aku. Aku juga tahu aku merinduimu.
Tapi kalau setakat rindu dari jauh, tak mahu pula
kau usahakan satu pertemuan, bagaimana boleh kita lampiaskan
rasa rindu itu?