weave us some lies

the best and most convincing way to tell lies is by telling as much truth as possible.

Thursday, July 08, 2004

Aku bukan seperti dulu. Bebas dan tiada siapa yang boleh menghalang. Kedewasaan mengajar aku tentang hidup dan batas-batas yang patut aku patuhi. Aku tak boleh kembali ke waktu dulu. Waktu aku terlalu mengikut nafsu mudaku.

Aku rasa aku perlu berubah dan demikianlah aku sekarang. Aku takkan buat apa-apa demi memuaskan hati orang lain. Aku cuma memikirkan tentang diri aku dan keluarga aku. Aku cuma lakukan yang terbaik untuk diri aku.

Aku tak mahu berkorban terlalu banyak kerana aku tahu kesudahannya aku yang terluka. Cuma aku yang merasa pedih perit luka yang parah. Kau tak kan tahu, kerana kau tak pernah tahu apa yang aku alami.

Aku telah banyak terluka. Dan aku tak mahu menghadapinya lagi. Maafkanlah aku..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home