weave us some lies

the best and most convincing way to tell lies is by telling as much truth as possible.

Monday, March 01, 2004

Api lilin aroma terapi sudah lama terpadam. Tapi anakku yang seorang ini masih tidak mahu pejam. Tidurlah sayang. Mama sudah seharian keletihan dihambat kerja pejabat. Mama juga mahu tidur. Melepas lelah sebelum memulakan hari esok dengan ceria. Aku ulang-ulang lagu Burung Kakak Tua kegemarannya. Dia minta aku dodoikan lagu itu menjadi teman tidurnya.

"Apsal Dik Na tak nak tidur-tidur ni?"

"Sebab Mama tak nyanyi lagu burung kakak tua"

"Kan mama dah nyanyi dari tadi sayang...."

"Itu bukan lagu burung kakak tua. Memangla rentak dia sama. Tapi yang mama nyanyi lain kata-katanya"

Aku terpinga-pinga. Eh! Salahkah lirik lagu kegemarannya yang aku nyanyikan?

"bow wrong car card two are
hang up they gent they law
none next saw dare two are
g-g near think all do are
"

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home