weave us some lies

the best and most convincing way to tell lies is by telling as much truth as possible.

Friday, February 07, 2003

..Pilihan

Ini bukan pilihannya. Pilihannya bukan begini. Dia terpaksa. Keadaan memaksa dia membuat pilihan begini. Akhirnya, dia terhukum dengan pilihannya sendiri.

Bukan mudah untuk dia hidup dengan pilihan begini. Puas dia memujuk hati. Merelakan pilihannya itu. Namun, hampa. Hati degil. Hati berkeras tidak mahu mencambah minat pada pilihannya.

Bosan. Dia sudah terlalu bosan dengan pilihannya. Juga sudah terlalu bosan dengan hidupnya.

Letih. Dia sudah terlalu letih dengan tanggungjawabnya. Juga sudah terlalu letih dengan sebuah keterpaksaan.

Sinis dia mendengar setiap kali ada yang membuka mulut, berkata tentang keikhlasan pada dia. Ikhlas. Dia mengaku, adakalanya dia tidak ikhlas kerana keterpaksaan itu lebih beraja di dalam hatinya.

Dia sepatutnya berundur. Menarik diri daripada terus tersepit dengan pilihan begini. Pilihan bertunjangkan keterpaksaan sungguh menyakitkan. Amat memedihkan bila kita tidak mampu untuk meredhai.

Tapi, dia sedar. Adakalanya, dalam membuat pilihan dia perlu berkorban. Pengorbanan dalam hidup tidak boleh dipisahkan. Andai dia tidak berkorban, pasti dia akan terkorban.

Hey kawan, tariklah tangan dia. Bantulah dia mengumpul kembali semangat yang kian pudar. Dia perlu hidup. Dia perlu huluran itu, untuk teruskan hidup.
Kerana liku yang dihadapi bukan sedikit.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home